Tuesday, June 8, 2010

HARI ESOK SIAPA YANG TAHU....




Dalam ROTTW keluaran bulan Julai tahun 2008,V128(seperti cover di atas) aku pernah tulis pasal mamat ni dalam kolum tumbok rusok tentang bagaimana dia telah dihargai seperti Elvis iaitu mempunyai syiling sendiri sedangkan siapalah dia pada ketika itu kalau nak di bandingkan dengan lagenda-lagenda yang ada pada industri muzik kita.Ini artikel yang pertama dari aku dalam majalah ROTTW.
*kredit to nazri blitzenius  pada artwork diatas
      Sememangnya pada ketika itu adalah zaman mamat ni,zaman bintang realiti,dia punya aura yang boleh membuatkan ramai orang menangis,ramai orang yang hiba,ramai orang yang sanggup habiskan duit mengundi.Kisah hidupnya dicanang,kisah peribadi di telanjangkan,dia milik semua.........
      Dan pada hari esok,aku sebagai seorang krew bawahan akan bekerja di bawah production milik mamat ni,dia akan jadi aku punya big boss,dia akan bayar payment aku,kalau la dia tahu aku pernah tulis artikel pasal dia kat majalah ROTTW ni masak aku....esok aku akan buat-buat cool je,seperti tiada apa yang pernah berlaku.Lagi pun aku rasa dia tak baca majalah ni.

No comments:

Post a Comment