Lama juga blog ini di biarkan bersawang,selain dari busy,aku juga malas menulis sebab tiada idea.Aku pun tak tahu apa nak ditulis dalam blog ni,orang nak ada blog aku pun nk memblog tapi bila dah bikin blog,malas plak aku nak menulis.Kat ROTTW pun aku dah tak sempat nak menulis.Bila sudah busy,letih dengan kerja aku yang dari ke pagi maka idea pun takde,idea tandus,idea kosong.
Entah macamana hari ni boleh pulak aku bersemangat nak menulis dalam blog ni.Aku terfikir jugak mahu bikin blog pasal aku la.bukan diari,tapi pasal remeh temeh pekerjaan aku sebagai krew.Aku bukan krew yang berpangkat,tapi krew bawahan yang suka menulis.
Ramai kawan-kawan yang tanya aku,macammana aku boleh berkecimpung dalam kerja krew ni atau apsal aku pilih kerja ni sedangkan aku belajar course hotel,alih-alih kerja krew plak.Ramai kawan-kawan dah berjaya,aku masih macam ni lagi.Ramai kawan-kawan dah berpangkat besar,aku masih macam ni jugak.Apa nak buat dah nasib.
Aku suka kerja krew ni sebab kan fesyen seorang krew tu.Bukan pasal seni ke atau pasal tiada KWSP ke? atau pasal boleh jumpa artis ke tapi pasal FESYEN....di ulangi FESYEN.
Gambar kat atas ni member aku nama dia CIK BOY.Kenapa aku suka jadi krew jawapannya tentulah sebab fesyen yang ada pada seorang krew.cuba lihat gambar di atas.Uniform bagi seorang krew.T-shirt,seluar pendek dan juga gajet-gajet di pinggang,ada porch bag,masking tape,ada glove,ada sepit kayu...baru lah nampak karismanya seorang krew.
sangat berkarisma...! LOL
ReplyDelete