Sunday, June 6, 2010

LATAH

    Latah atau melatah adalah sesuatu yang biasa dalam kerja production.Aku pun tak tahu apsal ramai sangat yang kena penyakit latah dalam production drama ni,pantang di cucuk,maka ramai lah yang melatah,lepas tu ramai plak yang suka,kadangkala ada yang nampak mengada.Ramai jugak yang aku tengok terkena penyakit latah ni,tak kiralah dia seorang pembuat air ke,krew technikal ke,prop ke atau artis sekalipun,setiap kali aku kerja shoot drama pasti ada diantara mereka yang ada penyakit latah ni.Apakah latah ni adalah suatu penyakit yang wajib jika seseortang itu mahu bekerja dalam production.
    Kadang-kadang ada juga yang buat-buat latah,andai di cucuk sikit,latahnya sangat la panjang.Kadang-kadang naik meluat jugak sebab ada yang kononnya rasa glamor kalau melatah ni.Untuk nak tarik perhatian la.Kalau dah lama dalam bidang ni,kadang-kadang buat tak tau je sebab dah muak dah dengan mereka-mereka yang latah ni.Selalunya benda lucah yang selalu mereka sebut.Ada juga crew yang yang muka pecah rumah sekali bila cucuk je melatah....kadang-kadang bunyi sikit je,melatah je yang lebih...pelik betul....
    Mungkin ini adalah antara kriteria-kriteria untuk bekerja dalam bidang aku ni kot,antaranya mestilah melatah....

No comments:

Post a Comment