Tuesday, July 6, 2010

1 HARI DI BILIK MAYAT....

      Memang menjadi sejarah dalam hidup aku bila pertama kali masuk dalam bilik mayat.Begitu juga dalam bidang kerja aku ni,inlah pertama kalinya kena shoot dalam bilik mayat.Mau tak mau kena juga masuk...kena jugak pasang lighting...kena jugak....

"dah kerja kita macam ni,anggaplah cari rezeki",kata Cik Boy lightingman aku.

      Memang seram juga nak masuk bilik mayat ni.Walaupun memang tiada apa nak di takutkan tapi terasa juga la seram sejuk dan kembang tengkuk.Tarik kabel sebelah peti pun terasa seram inikan pula kalau tersilap buka ada mayat plak dalam tu mau aku pitam kat situ.Keadaan kat situ juga sunyi,kami juga kerja dalam keadaan yang senyap tidak ada bising seperti biasa.
      Bila director kasi angle,cameraman aku tak masuk,aku nampak muka dia pucat,dia hanya lepak kat luar je,tugas cameraman di galas oleh Cik Boy seorang lightingman.Director minta angle dari dalam peti,iaitu dari gelap dan terus bercahaya ketika peti itu di buka.Kami tidak masuk dalam peti itu,hanya mayat dan juga camera sahaja.Camera di letakkan atas sand bag dan rig menggunakan magic arm.Lampu pun tak banyak pakai,hanya dua lampu 300 watt je.Lepas set up terus semua keluar,tiada siapa berani tunggu dalam tu sementara tunggu pelakon mau masuk.Yang jadi mayat pulak bukan pelakon itu sendiri,tapi hanya stand in dari seorang propsman yang bernama DODOT.
                                *foto kredit to DODOT


        Respek betul aku sama Dodot ni kerana berani jadi stand in,siap peti ini di tutupkan lagi dan dia berada di dalam peti tu.Lihat gambar di atas siap tunjuk peace lagi.....
      

1 comment: