Pernah juga dulu aku raya dalam poket ada tak sampai seratus tapi hidup di teruskan juga,ini aku nasib la orang bujang,bagi yang dah berkahwin pula tentu perit juga nak lalui kemiskinan semasa hari raya.Lagi perit bila payment production tak bayar atau payment sangkut lepas raya baru bayar,mahu tuntut sampai ke lubang cacing tapi kalau takde jugak apa nak buat...redha je la....
Bulan puasa ni adalah bulan yang membawa keuntungan pada production-production yang kedekut dan save bajet,berebut-rebut lah shoot bulan puasa,ye la bajet makan pun masa berbuka je,yang tak faham bahasa pula sediakan lauk berbuka macam makan tengahari je sebab nak save bajet......Aku pernah lalui semua ni,tuan rumah nak tumpang berbuka pun tak jadi sebab bila tengok lauk yang ada ngam-ngam saja,selalunya production-production nasi bungkus,orang lain dah pakai catering tapi diaorang masih lagi kasi nasi bungkus.Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ini kira ok la sebab tiada production nasi bungkus yang aku kerja,orang lain aku tak tau la....nasib....
Tahun juga kira sejarah juga la bagi aku bila tahun ni 7 drama raya yang aku kerja keluar kat tv.Banyak la pula drama raya tahun ni,tahun lepas takde langsung drama raya.Kebanyakkannya di siar di Astro dan kebanyakkannya juga aku tal dapat tengok sebab rumah aku kat kampung takde Astro......
Kat bawah ni adalah drama-drama raya yang aku bekerja:
-PONDOK PLASTIK DI TEPI KUBUR (ASTRO)
-AIDILFITRI SI ABANG KASSIM PON PON (ASTRO)
-TU DIA KIAH NAK RAYA (ASTRO)
-PAK NIL,IBU KIRIM SALAM (ASTRO)
-DODOL SI BUJANG SEPAH (ASTRO)
-TERBUANG DI HARI RAYA (RTM)

*poster kredit to byzura zainol...aku cilok tanpa kebenaran....
-ANTARA TAKBIR DAN KOMPANG (TV9)
-
aku teringin tgk kelibat kau walaupun sekejap dalm drama2 ni..haha
ReplyDelete