Monday, October 25, 2010

BUSY DENGAN JOB DRAMA KEAGAMAAN...


       Aku agak busy sikit sekarang ni,busy dengan job drama keagamaan untuk stesen TV baru iaitu TV Al-Hijrah.Drama ni lebih macam suatu pelajaran dan pendidikan juga kerana banyak menyelitkan elemen-elemen islamic yang mendalam dan banyak yang kita tidak tahu.Kiranya bagus jugak la sebab dapat belajar bagaimana caranya untuk mandikan jenazah,kebumikan jenazah dan banyak lagi.Ini adalah job episod pertama dalam tahun ini,sebab job sebelum ni semua telemovie dan juga cerita komedi.

Bila dapat job keagamaan macam ni memang cepat mengantuk,badan lemah sebab citer ni banyak plak cakap-cakap,komedi tidak wujud la dalam drama macam ni.Dulu masa zaman sekolah kalau kelas pendidikan islam mesti terasa mengantuk,menguap luas macam gua nampak anak tekak yang bergoyang.Ada orang cakap kalau kita mengantuk masa belajar agama bermakna  syaitan bergayut kat bulu mata la tu tetapi sekarang ni bila aku dalam job citer keagamaan pulak, bila start kerja je mesti mengantuk,mungkin syaitan bergayut kt bulu mata jgk la ni...

       Advantagenya job macam ni kira ok la untuk masa depan sebab member aku cakap jalan terakhir untuk seorang krew yang sudah tua nanti,tak jadi security atau driver teksi mungkin akan menjadi ahli tabligh sebab banyak dah contoh yang sedia ada.Kira ok la jugak sebab aku boleh lakukan fardhu kifayah ni.....
         






No comments:

Post a Comment