Saturday, October 2, 2010

OSMAN BRANI



      Sebuah telemovie saudara Isqandar Jebat.Video kat atas tu aku saja bikin suka-suka setelah dapat lagu yang telah di bluetooth oleh Jebat.Job sebelum raya dan juga job duit raya.Job ni habis ngam-ngam 4 hari lagi nak raya.Rabak juga bikin job superhero masa bulan puasa ni tapi nasib baik fighting pakai kuasa takde fighting macam pendekar,kalau tak mau ramai yang terkantoi puasa.
      Location kebanyakkannya di Putrajaya,jauh juga perjalanan kalau dari damansara,letih juga pinggang aku memacu motor buruk aku siap rosak lagi kat Presint 11.Tapi takpe la sebab member jadi director kena la support.Lagipun job ni haru-biru juga la,production manager takde function,banyak location director,asistant director dan cameraman yang cari sebab location yang production manager cari semua ala2 drama makan-makan dan kisah keluarga.Ini cerita superhero dan bukan cerita hati ku hatimu.
     Aku suka  drama ni sebab kerja aku sebagai asistant lighting pun best sebab aku banyak rileks kerana banyak scene outdoor.Outdoor mana pakai lampu,memang betul-betul makan angin di Putrajaya.Art department juga best,memang betul-betul berkarya sebab banyak location yang diorang terpaksa mock up supaya kerja lebih cepat dan pantas dan tidak bertukar-tukar location maklum la ini drama bukan filem,kena siapkan dalam 7 hari.
     Kat bawah ni gambar-gambar sepanjang aku shooting dan juga location-location yang menarik......
FOTO KREDIT :NORHASBULLAH DAN ISQANDAR JEBAT.

KOLONG AIR BIKIN JADI PENTHOUSE
(KREDIT UNTUK BEBEN)

  SET UP DALAM HUJAN



No comments:

Post a Comment