Sejak kejayaan drama Nur Kasih,ramai yang beralih untuk shooting di kawasan yang berdekatan dengan Kuala Selangor seperti Sekincan dan juga Tanjung Karang.Sawah Padi di sini lain dari sawah padi di Negeri Kedah kerana teknologi di sini lebih Advance dan petak sawah di sini juga luas dan tentunya ia memberi gambar atau fotografi yang menarik.
Masuk ni dah 3 kali aku shoot di kawasan sekitar ni.Job pertama kat Sungai Besar,2nd kat Kuala Selangor dan kali ni kat Sekincan.Seperti biasa jika shoot di sini kitaorang akan di tempatkan di homestay.Kawasan sekitar Kuala Selangor dan Sekincan ni memang terkenal dengan Homestay,banyak pelancong dalam dan luar negara yang suka datang ke homestay di sini.
Kat atas ini la homestay yang kitaorang duduk seramai 8 orang.Nampak samar macam tak best,macam rumah kongsi PATI tapi berbeza sebab kitaorang dapat main xbox,dapat memancing di kolam depan rumah cuma tak tahan nya tandas di luar rumah.Agak seram jugak mahu kencing di tengah malam.
No comments:
Post a Comment