Sunday, November 21, 2010

SUATU HARI DI RUMAH YANG CUKUP SERAM

       Kalau dilihat pada suasana pada gambar rumah ini tiada yang menyeramkan kerana ia biasa sahaja dan rekabentuknya juga menarik bagi sebuah rumah kampung.Kawasan sekelilingnya juga luas dan senang nak buat kerja kerana rumah ini tidak berpenghuni.Didalamnya juga di penuhi dengan barang antik atau barang-barang lama kepunyaan tuan rumah ini dan juga apa yang menariknya ada dapur kayu untuk memasak.Tuan rumah ini sudah lama meninggal dan yang menjaga rumah ini adalah anak arwah yang tinggal di sebelah rumah ini.
       Setelah sampai ke petang melakukan kerja pengambaran dengan penuh gelak ketawa dan bergembira barulah kami mendengar cerita yang tuan rumah ini seorang lelaki tua meninggal di atas pokok rambai di sebelah rumah ini.Jika mahu minum air di tempat katering terpaksa melalui pokok rambai yang rimbun itu dan terasa ringan pula kepala untuk melihat ke atas pokok itu.

No comments:

Post a Comment