Tuesday, December 7, 2010

KASUT RABAK BILA JOB CITER PERANG

     Sudah lama aku tak terlibat dalam job cerita perang atau job-job yang perlu bekerja keras masuk hutan,redah sungai atau masuk paya.Sudah dekat 2 tahun asyik cerita komedi dan juga cerita yang asyik makan,bergaduh dan juga cerita orang kaya-kaya.Dulu pernah juga kerja drama yang besar dan hebat macam Agen 016.
    Job tu macam-macam kena lalui seperti hutan,sungai,laut gua dan bermacam-macam lagi.Pada hari ini aku kerja kembali job yang menguji minda dalam ketahanan badan kerana ia lebih banyak barang-barang dari drama biasa.Job ni pasal perang zaman komunis dulu.

   Pada kebiasaannya kalau job-job yang berat ni,bukan badan saja perlu ketahanan,kasut juga perlu ketahanan.Kita juga perlu menahan kesabaran bila menghadapi cabaran kasut yang akan rabak dan koyak.Seperti biasa jika job yang sebegini,kasut akan di buang kerana ia tidak boleh di gunakan lagi.Tidak kiralah kasut jenama Timberland ke atau Hi-Tec,semua akan rabak pada tapaknya .

No comments:

Post a Comment