2010...Tahun yang busy dengan job back to back.Hari ini habis shoot kat Perlis esok perlu ada kat KL untuk job baru dengan production baru.Kadang-kadang job belum lagi habis tinggal lagi 1 hari kami 1 team perlu berpecah kerana untuk pergi ke job yang baru.Memang kerja giler....job pun bukan besar sangat,job telemovie je...tapi dia punya bacak to back mengalahkan episod.Tahun lepas aku dapat banyak job drama raya.Tapi hanya 1...2... je yang ada lemang...yang lain drama raya biasa-biasa je.....
1.TERKUKUR TIDAK BERBUNYI LAGI Job awal tahun 2010,job ni best sebab shoot kat kampung aku kat JITRA.Aku pun hairan macamman diaorang boleh nak shoot kat kampung aku ni.Tapi masa ni JITRA tengah kemarau teruk...memang terbakar kulit kaw-kaw job ni....Kalau orang tanya apa yang best kalau shoot kat KEDAH....tentulah KETUM....
2.ATAN BERTEMU MEI LIN
Ini job kat Grik,cerita budak...kisah 1malaysia......Apa yang bestnya job ni....terpaksa berhimpit dengan burung merbah kunyit dan murai jambul yang di beli oleh En. Cameraman....
3.YA PUAN Apa yang best masa shoot drama ni...kitaorang dapat full payment...biasa la kalau shoot dengan ZEEL Production,sebelum start sudah dapat Full Payment.Memang susah production nak kasi full payment sebelum start...production ni je yang baik hati....
4.MASIHKAH ADA SINAR Job ke 2 tahun 2010 dengan ZEEL production.Tinggal lagi 1 hari sebelum habis shoot drama ni,kitaorang perlu ke Gopeng untuk shoot lagi 1 drama.Aku terpaksa chow dulu untuk prep equipment kt Produksi Prima Kreatif sebelum bergerak ke Gopeng.Memang penat kaw-kaw la nak turunkan barang sorang-sorang.Tinggal lagi balance lagi 1 hari job ni,hanya tinggal 2 orang sahaja teknikal crew iaitu en.lightingman yang mengambil alih tugas cameraman dan asistant camera.Aku,cameraman dan soundman sudah bergerak ke Gopeng untuk job yang baru.....
5.AIDILFITRI ABANG KASSIM PON PON Job ini bagaikan seksa untuk sampai ke Gopeng.Habis je shoot kat KL drama Masihkah Ada Sinar pukul 1 pagi,Terus PREP equipment untuk shoot drama ni.Habis prep barang je sudah pukul 4 pagi.Baju belum packing,semua balik rumah masing-masing dan bertolak ke Gopeng jam 5pagi.Hanya kami bertiga sahaj,2 lagi perlu menghabiskan shoo drama. Masihkah ada sinar.Perjalanan dari KL ke Gopeng terasa lama.Badan letih dan kurang tidur menyebabkan setiap perhentian kami berhenti tidur.Akhirnya sampai ke Gopeng jam 11 pagi.
6.HIJAB DI KALBU Job untuk cerekarama yang pertama setelah 2 tahun asyik layan job Astro je.Bestnya job ni dapat shoot kat padang pasir di Iskandar,Perak dan juga pertama kali dalam seumur hidup aku kerja dapat shoot kat Bilik Mayat.
7.PAKNIL IBU KIRIM SALAM
Job yang letih kaw-kaw.Balik sentiasa ketika waktu subuh menjelma tapi enjoy la kerja sebab waktu malam di lorong-lorong gelap KUALA LUMPUR.Job ni kira Glamour sikit kalau shoot di tengah Kotaraya sebab ini job production Mawi.Dan pertama kali jugak production drama panggil preview dan majlis berbuka puasa.Siap dapat Al-Quran kecik dan Tasbih lagi...
8.DODOL SEPAH Habis je shoot drama Pak Nil Ibu Kirim Salam pada pukul 7 pagi,kami harus bergerak untuk ke Produksi Prima Kreatif untuk prep equipment lain untuk shoot dodol sepah ni pada tengahari.Memang mengantuk gila lalu En.Cameraman cakap kita prep tengahri sahaja sebab location dekat banting sahaja.Jadi sempat juga tidur dalam 4 jam.Job sepah ni kira best sebab kitaorang yang antar crew yang pertama la ikut job drama sepah si lailitamplom yang telemovie.Drama ni jugak lighting man aku menyanyi untuk runut bunyi drama ni..
9.TERBUANG DI MALAM RAYA Job ni kisah 1 malam di malam raya.Memang letih jugak sebab shoot outdoor pada waktu malam dan tentunya kena pakai banyak lampu dan bergerak pada banyak tempat sehinggakan pukul 3 pagi pun kitaorang bergerak ke location yang baru.Job ini pun kitaorang habis ketika subuh menjelma.Yang bestnya last day kitaorang habis pukul 7 pagi dan perlu bersiap untuk ke Perlis pula ketika tengahari untuk shoot drama Tu Dia Kiah Nak Raya...
10.TU DIA KIAH NAK RAYA first time shoot kat Perlis.Nasib baik tak kemarau sebab banyak location tepi sawah.Cerita komedi yang penuh gelak ketawa.Seperti biasa kami kembali mengejar masa,habis sahaja shoot drama ni pada waktu malam,kami terus packing baju bergegas ke Kuala Lumpur kerana esok pagi kena shoot drama baru pulak.
11.LORI DARA VS DUDA POPULAR Kami sampai pagi di KL dari Perlis.Aku terus balik rumah tapi cameraman,Asistant camera dan soundman terus tidur depan ofis PPK kerana takut terlambat.Sebab calltime kat sini pagi tapi diaorang pukul 3 petang baru nak start shoot.Semua muncung,bertambah muncung kerja dengan director yang hampeh tapi berlagak tahu dan cakap besar.Team teknikal aku tak berapa suka sangat director ni,aku aku suka sebab dia kasi aku berlakon...hahahaha
12.ANTARA TAKBIR DAN KOMPANG Job dengan Producer yang pernah tipu kitaorang 7 tahun dulu.Mengenangkan job ni director yang panggil dan juga nak cari duit raya sebab dalam bulan puasa,kitaorang pun ambik juga job ni.Job dalam bulan puasa ni banyak cabaranya sebab biasa la,puasa mesti kantoi.Job ni memang bengang dengan tukang buat air,alasan dia,dia puasa dan tak boleh buat air pada waktu siang dan aku geram tengok dia tidur sampai petang masa kitaorang bekerja.
13.OSMAN BRANI Job terakhir sebelum raya.Kira raya tahun ni boleh senyum jugak la.Job superhero ni banyak shoot kat Putrajaya.Pengalaman pahit job ni,skrew kat rantai motor aku terjatuh ketika kat highway.Nasib baik aku dah stanby 3 skrew.Kira dalam perjalanan dari Putrajaya hingga ke Damansara aku hanya bawa perlahan sahaja sampaikan kalau naik basikal pun boleh potong.
14.NAWAITU AIDILADHA. Job lepas raya,shoot kat Kuantan.Best layan pantai.layan hujan lebat...lama aku tak rasakan suasana hujan lebat di tepi pantai...teringat zaman belajar kat dungun dulu....
15.TELAH DI HALALKAN EPAL ITU
Job cerita agama..job pertama untuk tv baru tv Al-Hijrah...job dialog yang panjang yang membuat aku mengantuk....tapi best dapat tau ilmu agama sikit-sikit dalam job ni.Masa ni jugak aku rasa macam nak minta kerja tetap untuk kerja dengan TV hijrah ni sebab jumpa member aku yang telah kerja dengan TV hijrah ni.
16.YUEN YUET LENG-DARAH DI BUMI Job cerita perang zaman komunis dulu.Sebuah kisah benar.Job besar,barang 1 lori.Lampu banyak.Job ni jugak la kitaorang selalu gelak kat tukang buat efek senapang sebab kadang-kadang tak meletup sampai aku buatkan video untuk diaorang.Job ni lah penutup untuk tahun 2010.
No comments:
Post a Comment