Monday, May 2, 2011

KLCC

     Kalau location shooting kat Wisma Getah tentu gambar KLCC yang akan di ambil."belum puas lagi ke ambik gambar KLCC tu,asal kat Wisma Getah je ambik gambar KLCC".kata bos aku.Abis tu apa lagi yang nak buat  kalau kat sini selain dari ambil gambar.Selalunya bagi production drama,jika location kat Wisma Getah yang berhadapan dengan KLCC ni,tentu scene trekking dan juga scene jalan-jalan.Kononnya nak kasi nampak la Kuala Lumpur.Nak shooting kat dalam KLCC tak dapat,kat luar pun kira ok la.
     Dulu aku pernah jugak gamble shoot kat dalam KLCC.Kebetulan pulak director drama tu memang selalu beli barang kat butik Mont Blanc,jadi boleh la shoot kat dalam butik.Kat luar kedai pulak,kitaorang sorok kan kamera tu,kasi tak nampak macam shooting.Rabak juga la main sorok-sorok kamera.Macam buat benda jahat je.Itu sekali saja pengalaman yang aku dapat kalau mahu shoot dalam KLCC.Tak banyak production yang mahu buat macam tu.Baik shoot kat luar saja,contohnya kat depan Wisma Getah ni,nampak jugak background KLCC dan tak perlu nak main sorok-sorok dengan security.

No comments:

Post a Comment