Alhamdulillah..ada juga job didalam bulan puasa ni.Ingatkan takde langsung job bulan puasa ni,tengah menghitung juga barang apa mahu di tolak untuk menyambut hari raya,ngam-ngam pula job ni nak dekat raya,jadi selamat la barang-barang aku dari di jual.Dugaan di bulan ramadhan ni memang sungguh mencabar,ada 2 job yang tak jadi di saat akhir,ada juga last minit di cantas orang lain,biasa la bidang aku ni dalam cantas mencantas ni biasa,tambah-tambah dekat nak raya,banyak yang nak pakai duit.
Dalam tengah mencongak barang apa hendak di jual,bos aku call cakap standby 18 haribulan ada job.fuh!...memang lega rasa...syukur ada job juga akhirnya.Job telemovie saja selama seminggu,ok la dari takde langsung.Kalau buat job ni,lepas raya sambung buat episod pulak dengan production ni.Tapi raya ke 4 aku sudah kena datang Kl sebab job ni start awal.Cantik la tak payah menunggu lama untuk dapat job.
Drama kali ni untuk TV9 dengan Zeel production,lama juga tak buat job dengan ZEEL ni,last job dengan ZEEL drama iparku diva,lepas tu kitaorang dah tak follow dah job dengan ZEEL production.Tajuk drama yang aku shoot kali ni bertajuk SIROSIS iaitu pasal penyakit hati tapi banyak pasal kisah keluarga,ada elemen-elemen si tanggang,ada kisah bini bongkak yang halau suami last dia dapat penyakit hati ni,adik perempuan ni yang menganiaya suami dia juga mati dalam accident.
No comments:
Post a Comment