Thursday, May 5, 2011

PERLIS...PERLIS...PERLIS.....RAM POM POM

      Perjalanan sebelum mahu ke Perlis untuk shoot drama ni bermula dengan cacamerba.Semuanya kerana syarikat yang rental equipment kat Bandar Tasik Permaisuri tu punya pasal.Kalau dia beritahu barang dia dah keluar kan senang,boleh juga rental kat tempat lain,kerana ketamakan manusia yang hanya ingin kaut keuntungan maka dia ambik juga job ini walaupun equipment tiada dan dia sub pula kat tempat lain.Jauh pulak tu kat Mantin,Negeri Sembilan.
      Mantin?....Gila...Team aku boleh di katakan lama juga dalam bidang ni,tapi sepanjang kerja dalam bidang ni belum lagi dengar ada production yang kasi rental barang kat Mantin.Production kat Bandar Tasik Permaisuri ni hanya kasi Van sahaja,itu pun Ford buruk.

         "Boleh sampai perlis ke dengan van buruk ni bos?."Tanya aku pada En. Cameraman
   
         "Ok kot...selalu van Collin ni tak pernah menghampakan,nampak je buruk,tapi service tip top."
          Encik Lightingman menambah dengan jawapan yang menyakinkan.
     
      Dengan keyakinan yang menebal,kami pun bergerak ke Mantin untuk prep equipment kat sana dengan di bantu oleh penjaga stor production Bandar Tasik Pemaisuri itu sebagai penunjuk jalan.Dalam perjalanan ke Mantin,kitaorang jumpa pulak pelakon bangsa cina yang pernah berlakon dengan kitaorang dalam drama Darah di bumi pasal zaman komunis semasa berhenti di Traffic light.
     
         "Mau pergi Perlis ke dengan van ni ke?..tanya pelakon berbangsa cina itu dengan nada terkejut..
   
    Bukan sahaja Pelakon berbangsa cina tu sahaja yang terkejut,sesiapa pun kalau tengok Van Ford buruk tu pun pasti akan terkejut juga,Tengok fizikal luaran pun boleh tertanya mampukah van itu bergerak sampai Perlis? Nak tak nak terpaksa juga terima walaupun sakit hati juga dengan sesetengah production yang hanya tahu nak kaut keuntungan tapi crew la yang akan tanggung azabnya.Kitaorang dengan kering hatinya bertolak juga ke Mantin untuk prep equipment supaya nanti tidak lewat untuk ke Perlis,
         
       " Ngam-ngam sampai malam di Perlis ok jugak,sebab esok calltime pukul 8.00 pagi"..kata Encik Cameraman
   
     Jauh perjalanan ke Mantin dengan Van yang tiada Aircond ketika Matahari tegak berdiri di langit akhirnya sampai juga ke tempat production tu.Dari jauh sudah nampak seperti gudang menyimpan barang dan lampu-lampu stage banyak bersepah.sambil penjaga stor menunjukkan barang yang kami perlu prep.Aku dan rakan sekerja lain sudah mula buat muka macam tak best sebab barang-barangnya tidak mencapai piawai equipment yang selalu kitaorang bawa pergi shooting.Ini je ke bos...Mati la nak buat lampu kalau macam ni..

       "Lampu-lampu semua tak payah test sebab semua ok.."kata penjaga stor

     Aku dengan degilnya test juga lampu tu,lampu pertama tak nyala,test lampu kedua pun tak menyala pun tak menyala,rupa-rupanya semua lampu takde bulp.fuh!betul-betul panas..perut pulak tengah lapar gila..aku pun cakap kat bos lighting aku mahu pergi makan kat warung luar tu dulu la,sambil berbisik kat bos lighting aku,"karut equipment ni, mandi kita nanti".Aku tinggalkan diaorang yang masih tengah test barang audio untuk pergi makan.Biarlah nampak macam selfish dari dalam hati panas.
      Lepas makan aku pun ke stor tu balik,tengok Encik Cameraman dan Encik Lightingman takde kat situ.Budak stor cakap diaorang ada kat belakang.Sampai belakang aku tengok diaorang tengah bincang macam tak jadi nak ambik equipment ni sebab masak juga la nak buat kerja nanti.Diaorang nak deal rental equipment yang lain,call punya call,akhirnya dapat juga kat production PUJANGGA KREATIF.Syukur..dapat juga rental kat tempat lain.Sambil Encik lightingman sekolah kan budak stor tu tentang barang-barang yang perlu ada untuk shoot drama, kitaorang pun blah dari situ dengan perasaan geram kat bos rental equipment  Bandar Tasik Permaisuri tu.
       Lepas satu ..satu masaalah...ternyata persoalan tentang kekuatan daya tahan perjalanan van itu terjawab.Van tu akhirnya rosak di lebuhraya LEKAS.Tiba-tiba asap keluar dari enjin bawah.Fuh!..betul-betul azab.Nak tunggu towing sampai pulak dalam cuaca yang tiba-tiba gelap macam nak hujan.Kebetulan pula 2 orang lagi rakan sekerja,encik soundman dan encik asistant camera pun sampai dari Seremban selepas turunkan barang yang kitaorang shoot sebelum ini bawa air minuman sambil lepak menunggu towing.
    Akhirnya malam juga sampai di Pujangga Kreatif untuk prep barang.Pujangga kreatif ni memang tidak pernah mengecewakan,selain dari lampu dia yang banyak,van juga bagus sebab tinted gelap dan van ini banyak berjasa kalau bulan puasa.Aircond van ni memang sejuk kaw-kaw,satu-satunya production yang kasi van teknikal sejuk macam ni,kalau production lain jangan harap la nak kasi van yang ada aircond.Habis prep barang,kitaorang pun pulang ke rumah untuk bersiap sebelum pergi Perlis.Encik cameraman dan Encik lightingman naik kereta bersama Encik asistant camera.Aku pula dengan encik audioman naik van untuk ke Perlis dan juga loader yang akan ikut kitaorang.
     Dalam pukul 1 pagi di rumah aku mula mengantuk menunggu encik audioman yang belum datang.Dia beritahu budak loader tiba-tiba tak angkat telefon.Semakin lama,semakin masa berjalan dan budak loader tu terus diam membisu.Kitaorang pun chow terus ke Perlis tanpa budak loader,pandai-pandai la esok dan dengar cerita pulak nanti ada student kat Perlis tu yang boleh buat loader.Fuh!..selamat...
      Esoknya bermulalah shoot drama Ram Pom Pom ni selama 8 hari.Kitaorang tinggal dekat Politeknik yang sponsor penuh penginapan kitaorang.Banyak betul sponsor yang masuk untuk job ni antaranya air mineral crystal,kopi KAWE,burger oblong dan juga air ketum.Sawah padi,bukit bukau,keleboq dan macam-macam lagi semua kami harungi ketika Perlis masa itu di landa cuaca panas lit-lit.Bayangkan kerja ketika panas merembang di padang rugby.Semua orang warna kulit sudah jadi spesen.Aku yang sememangnya hitam bertambah hitam.Tapi nasiblah drama komedi, kerja pun dengan penuh lawak jenaka,biasa la drama komedi,mestilah kerja penuh dengan gelak ketawa.
        Drama ni mengisahkan pasukan rugby bandar lawan dengan pasukan rugby kampung.Memang penuh lawak jenaka seperti pasukan rugby kampung training yang luar biasa..tarik pokok ubi,tarik kerbau,mandi dalam keleboq,jogging tak pakai baju,lari bawa guni dan macam-macam lagiKhabarnya 25hb Mei akan tayang kat ASTRO RIA....kat bawah ni ada sedikit gambar yang aku cilok dari FB tuan director JAMAL KHAN tanpa kebenaran.

HARI PERTAMA DAN SCENE YANG PERTAMA EN.CAMERAMAN SUDAH BERMAIN DENGAN "KELEBOQ"








NI LA TEAM KITAORANG BERSAMA ENCIK DIRECTOR DAN TANPA EN.ASISTANT CAMERA..TERSENYUM WALAUPUN PANAS LIT-LIT

dari kiri:Cik Mie,Cik Awang,Encik Jamal(director),cikboy,Ayu(konti girl) dan aku.






AKSI STUNT DARI ENCIK ASISTANT CAMERA BUNG JIJAS DENGAN ENCIK LIGHTINGMAN CIK BOY.....







WALAUPUN DRAMA INI KOMEDI...SCENE ROMANTIK TETAP ADA...









KITAORANG BERSAMA TEAM RUGBY KAMPUNG














HARI PERLAWANAN RUGBY...










TEAM RUGBY KAMPUNG MANDI "KELEBOQ"









TRAINING TARIK KERBAU..










NI SCENE NAK KASI RAMBUT PACAK MACAM TEAM RUGBY BANDAR,DIAORANG GUNA PUTIH TELUR...

No comments:

Post a Comment