Wednesday, May 4, 2011

SARAWAK....SARAWAK...SARAWAK..KUMANG SULU ATI AKU

     Job yang agak huru-hara pada mulanya sebelum bertolak ke Sarawak.Director drama ini menempah cameraman aku dan kitaorang 2 bulan awal sebelum job ini bermula dan tiket juga sudah di tempah pada 2 bulan awal sebelum bertolak.AirAsia pulak tu dan tidak boleh di tukar nama pada tiket itu.Atas faktor persahabatan antara kitaorang dan juga director drama ini,cameraman aku ambil juga job ni walaupun tidak tahu apa akan terjadi selama 2 bulan sebelum job ini bermula.
      Banyak juga la job  yang kitaorang buat sebelum bermulanya job sarawak ini dan kalau boleh biar semua job itu habis sebelum kitaorang pergi Sarawak supaya tidak perlu fikir mahu cari orang ganti andai job bertindih.Tapi apakan daya bila cameraman aku dapat job drama episod IPARKU DIVA dengan Zeel Production."Kalau di hitung hari,rasanya ngam-ngam kita habis sebelum kita pergi Sarawak" kata bos aku Encik Cameraman.Semua seronok bukan main la,maklum la mau banyak jugak duit yang boleh di bawa untuk ke Sarawak.Aku mula menghitung barang yang mahu di beli antaranya Pua kumbu, Digeridoo,djembe dan macam-macam lagi, semua ada dalam list barang yang aku mahu beli.Kami pun bermula shoot drama episod itu seperti biasa dan menunggu hari untuk pergi ke Sarawak.Tapi ku sangka panas sampai ke petang tapi hujan pulak di tengah hari.Drama episod tu ada problem sikit,shooting terganggu kerana skrip yang belum siap.Fuh! Makin lama makin banyak hari yang tergantung dan hari shooting pun bertambah.Job Sarawak ini semakin lama semakin dekat.Nak tak nak kena juga cari orang ganti sambil mood pun berubah dan tidak excited lagi mahu pergi Sarawak bila mengenangkan tiada gaji untuk job drama di Sarawak kerana payment job tu semua habis untuk di berikan pada krew yang menggantikan kitaorang pada job episod tu.Akhirnya bermula perjalanan ke bumi sarawak tercinta untuk pengambaran drama Kumang Sulu Ati aku bersama Production  dalam keadaan poket yang tidak berapa tebal.



   

















       Ini kali kedua aku pergi Sarawak,kali pertama masa belajar dulu,rombongan ke Sarawak untuk subjek Cultural Studies.Lama dulu dan kuching pun banyak berubah.Waterfront je yang masih sama seperti dulu awek-awek yang lepak kat waterfront ni memang menawan hati..Kitaorang sampai kuching pada waktu tengahari dan terus ke penginapan yang di taja oleh RAFFLESIA LODGE  berhadapan dengan waterfront dan lodge ini memang terbaik untuk backpackers,harganya pun tidak mahal.Memang berbaloi kalau menginap di sini.
       Masuk je ke dalam bilik dan letak beg ,kami pun berjalan sekitar Kuching.Ini la peluang untuk berjalan menikmati keindahan Kuching,kalau dah kerja nanti memang tak sempat.Puas juga la berjalan sekitar kuching ni,banyak juga gambar yang di ambil,walaupun pada mulanya sebelum bertolak perasaan tak best kerana payment habis untuk membayar orang ganti tetapi dah sampai sini,perasaan tak best itu mulai hilang.Sebelum esok start bekerja,baik berjalan sepuasnya sambil mencuci mata.Memang masa tu berlagak macam backpackers je,berjalan tanpa rasa penat dan kamera tidak lekang dari tangan.






GAMBAR WAJIB YANG PERLU DIAMBIL JIKA SAMPAI KE KUCHING.







SEBERANG SUNGAI DARI WATERFRONT





















































    Pada hari pertama yang best dengan jalan sekeliling Kuching,dari petang sehingga malam.Esoknya bermula kerja pula di mana hanya scene montaj sahaja,itu pelakon berjalan di sekeliling kuching.Biasa la klise drama melayu,mesti la nak menunjukkan pelakon yang datang dari semenanjung berjalan sekeliling Kuching,makan Laksa Sarawak,Ambil gambar sana,ambik gambar sini,memuji keindahan Kuching.Oh! sungguh dokumentari walaupun ia adalah drama.First day kerja  hanya pada waktu siang sahaja,tiada shoot pada waktu malam,kasi lemak dulu sebelum esoknya baru bekerja keras.
    Episod kerja keras pun bermula,antara lokasi-lokasi yang tidak pernah tau yang terdapat di Sarawak dan rakan aku dari Sarawak pun tidak pernah dengar wujudnya nama tempat ini di Sarawak.Annah Rais,nama sebuah tempat yang aku tidak tahu di daerah mana.Di sini terdapatnya rumah panjang kaum Bidayuh.Di sini kitaorang tinggal di homestay yang hanya pakai generator dan elektrik tiada di sini.Di belakang homestay ini terdapat sungai atau jeram yang sungguh mendamaikan dan airnya memang sejuk.


























    Selepas 1 hari shooting di sekitar rumah panjang Bidayuh di Annah Rais,kitaorang ke Kampung Danu pula yang terletak tidak jauh dari Annah Rais.Di Kampung Danu ini terdapat jambatan gantung yang panjang dan sungguh cantik.Aku pandang-pandang juga bawah jambatan tu,mana tau ada buaya,takut jugak aku...
































       Habis sahaja shoot di Kampung Danu,kitaorang pun pulang ke Kuching,dan kembali bermalam di Rafflesia Lodge.Malamnya kitaorang ke Top Spot,iaitu food court yang besar juga,banyak gerai di sini dan makanan di sini murah juga.Kitaorang makan di warung no 25,memang ramai yang recomment kan warung ni.Mungkin sebab sedap dan paling murah kot.Yang pastinya Kedondong  asam boi menjadi pilihan.Setiap sorang minum dua gelas.Memang puas!!!
       Esoknya kitaorang ke location yang terakhir dan berkampung di sini selama 4 hari iaitu Kampung Budaya Sarawak kerana mahu menggunakan rumah Iban yang terdapat di situ.Memang susah juga nak shooting di rumah iban ini kerana ramai pelancong dan pelawat yang datang melawat rumah ini tak kan nak halau pulak,inikan kampung budaya.Hanya kerana producer nak save bajet kerana tempat ini di sponsor maka terpaksa shoot juga dan nampakkan ia seperti rumah panjang yang betul.Memang pening kepala juga aku tengok director dan cameraman nak cari angle yang tepat supaya ia tidak nampak seperti di Kampung Budaya.Itu belum lagi soundman berkerut muka dengan muzik yang kuat berbunyi dari persembahan rumah-rumah lain.Tapi apakan daya kena telan juga la semua tu.Nasib baik dapat habiskan juga job ni.



RUMAH IBAN DI KAMPUNG BUDAYA SARAWAK









































































     Sedar tak sedar habis jugak shoot drama ni,walaupun sampai 7 pagi baru habis.Rabak jugak nak bawa barang-barang semua pergi van.Lepas tu gerak dari kampung Budaya,terus breakfast makan mee sapi kat satok.Memang power mee sapi tu.Pakai pulak mee kolok...memang rindu la kalau dah balik semenanjung.Lepas tu semua terus balik tidur kat Rafflesia Lodge,tengahari baru bangun tidur  untuk shopping dengan duit yang sekangkang kera.Boleh la sikit-sikit beli ole-ole bawak balik rumah,untuk kawan-kawan beli keychain je cukup...
    Akhirnya job kat Sarawak yang pada mulanya tak berapa seronok terus membuatkan kitaorang gembira jugak akhirnya,memang nak datang lagi la kat Sarawak ni.

 














No comments:

Post a Comment